Thursday 29 September 2011

NORANIZA IDRIS SELAMAT BERGELAR ISTERI KEPADA JEFFRI UDA

Salam 1Malaysia pembaca sekalian...hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda

Tahniah diucapkan kepada Dengan sekali lafaz Noraniza Idris, 43, penyanyi etnik kreatif, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.
Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.
Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.
Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.
Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.
Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

 Sumber  bardbahtiar.com

Dah habis baca ke ?Dah tengok promosi mereka sedang buat kat bawah tu .?Sekian Wasallam.

Berminat nak share kempen dengan kawan-kawan dengan bayaran RM0.20 per klik ? Bawa rakan-rakan anda untuk mendaftar hari ini dan mendapat ganjaran RM 1.00 per rakan yang dijemput. Nak daftar klik sini

Anda akan dibayar RM 1 untuk setiap rakan yang daftar melalui link anda dan anda akan dibayar RM0.20 per klik bagi setiap link anda yang diklik. Daftar kat sini

P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...