Tuesday 8 November 2011

PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Bantuan di bawah inisiatif meringankan kos sara hidup itu akan turut dinikmati penjawat awam yang berpendapatan rendah, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu berharap premis itu bukan saja dapat memberi keselesaan kepada pelanggan tetapi juga kepada 83 petugasnya.



Bangunan berharga RM25.5 juta itu mula dibina pada 5 Mei 2006 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2008, bagaimanapun LDHN hanya memulakan operasinya di bangunan baru tersebut pada 25 Nov lepas.

Md Isa juga menyifatkan Wisma Hasil Kangar itu sebagai simbol pertumbuhan LHDN kerana sebelum ini agensi tersebut beroperasi selama 21 tahun dengan menyewa di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan lagu rasmi baru LHDN bertajuk "Hasil Berjasa" menggantikan lagu "Nada Hasil". Sumber dari   BERNAMA
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Sunday 6 November 2011

SBPA beri guru kenaikan gaji terbesar

Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.



Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA. Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup. Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sumber dari Berita Harian
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Friday 4 November 2011

Jejari Runcing Carian Tertinggi... Khairul Fahmi ?

Saya tengok dalam Alexa , carian  website  www.mummynemo.com tengok dia punya top search dia 'jejari runcing '. Tau tak anda milik siapa blog jejariruncing.blogspot.com  bekas tunang Khairul Fahmi "Apek" ala si Elia tu.



Tengok gambar atas , 'jejari runcing' paling tinggi kan?. Biarlah dah putus tunang nak buat macamana takde jodoh. Apasal ni korang asyik cari 'jejari runcing' mesti nak tahu luahan hati Elia tu . Terbaru heboh dalam blog2 pasal dia jalan pegang tangan dengan adik angkat dia Dahlia. Paling terbaru ada gelas arak sewaktu bergambar, orang kata dia minum . Come on stop cakap buruk pasal orang . Ini penjelasan Apek:


“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu."


“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar,” katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.


Tunggu sahajalah apa jawapan yang Apek akan berikan kepada media nanti. Jangan dok Fitnah orang ye ..
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Thursday 3 November 2011

Percuma : Kalendar 2012

Pejam celik dah sampai hujung tahun 2011 dan tahun 2012 bakal menyusul. Mungkin ada yang mencari Kalender tahun 2012 untuk merancang cuti dan sebagainya, Di bawah saya sertakan Kalender 2012, senarai cuti Persekutuan tahun 2012,Senarai cuti Negeri untuk tahun2012 dan Cuti sekolah 2012 dan takwim persekolahan untuk tahun 2012. Double Klik gambar untuk imej kalender yang lebih jelas.


Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Gempar : Banjir di Thailand Jadi Pesta Tangkap Buaya

Saya nak berkongsi berita banjir di Thailand yang mana semakin teruk sampai buaya pun terlepas .

Terbaru, banjir kali ini turut mengundang masalah lain pula kepada penduduk Thailand apabila buaya-buaya yang di ternak di ladang ternak buaya, sama ada yang berlesen mahupun haram, terlepas keluar dan berkemungkinan akan menjadi masalah lain pula nanti kepada penduduk yang tinggal berhampiran. , tengok gambar kat bawah :




Anda dah tengok video kat atas ? Anda bayangkanlah buaya-buaya yang mencecah 2 meter panjang berkeliaran di dalam air banjir? Ermm..saya rasa pasti ada yang kena makan satu hari nanti, berdasarkan cara buaya yang suka membuat serangan hendap terhadap mangsa-mangsanya. Setakat ini belum lagi kedengaran penduduk yang di makan oleh buaya-buaya ini.
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Gempar : Mayat Keluar Darah

Saya terbaca artikel  dari belogfadah.blogspot.com  memang menarik untuk tatapan dan renungan kita , kisah ni memang menginsafkan kita, sama kita baca :



Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”
Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”
“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham.

Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh. Sumber dari belogfadah.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Jadual Perjalanan Aidiladha dari PLUS Expressway Berhad

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha  kepada semua umat Islam . Selamat pulang ke kampung . Pengguna   PLUS Expressway Berhad dinasihatkan menggunakan jalanraya pulang ke kampung mengikut jadual kat bawah :

Pengguna dinasihatkan balik kampung pada hari Sabtu dan balik KL pada hari Isnin. Pengguna yang nak balik ke Kedah Perlis dan Penang bertolak pagi sebelum 12 tghari. Taiping Kuala Kangsar dan Changkat Jering bertolak jam 12 - 3 petang, Ipoh Simpang Pulai dan Gopeng bertolak 3-6 petang dan Slim River dan Tanjung Malim bartolak selepas 6 petang. Semua ada dalam jadual atas
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

RAMALAN TANGGA GAJI DG 41 MENGIKUT SBPA 2012

    
 Saya nak berkongsi info pasal bayangan atau ramalan gaji para guru mengikut SBPA Bajet 2012 ni .        Inilah bayangan tangga gaji guru bagi gred DG41 dalam SBPA selepas PM umumkan dalam Bajet 2012, bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.



      Logiknya sebab kenaikan tu memang ada dan yang tak logiknya kenaikan tahunan takkan RM120 lebih je. Tapi jadual tangga gaji guru 2012 ni belum muktamad dan belum dikeluarkan secara rasmi.Jadual tangga gaji yang lainpun tak nampak bayang lagi.

     Dalam Bajet 2012 jugak, PM ada mengumumkan, dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 29 ke DG 32 dan DG 41 ke DG 44 telah dikurangkan kepada 8 tahun je berbanding sebelum ini mereka perlu menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini. Bajet kalini pastinya mendapat sambutan baik di kalangan semua guru. Sumber dari cikguhot.blogspot.com

Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Wednesday 2 November 2011

Gambar Penjawat Awam Pencen 60 Bajet 2012 SBPA

Saya nak kongsi imaginasi saya dalam beberapa tahun akan datang dalam sebuah pejabat di jabatan kerajaan apabila ramai penjawat awam yang mengambil opsyen umur 60 . Ten gok dulu petikan kat bawak :



Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

p/s Tengok tempat yang saya bold oren   tu maksudnya nak naik gaji 7 -13 % kena sign pencen sampai umur 60 dulu, masalahnya bukan semua nak pencen umur 60 terutama kaum perempuan yang dah nyanyuk pada umur 60 tu. Mungkin gambar kat bawah menerangkan situasi dalam pejabat waktu itu .




Hasil himpunan komen kakitangan awam yang lain melalui laman blog CEUPACS, dapat saya simpulkan bahawa Jadual Gaji Sebaris SBPA bolehlah ditafsirkan seperti di bawah:

Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17

gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20

Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.

kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)

jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Satu lagi, saya rasa skim baharu ini tidak diwajibkan untuk semua kakitangan awam. Kita boleh pilih nak terima atau tak terima. Sapa yang tak larat nak kerja sampai umur 60 tu tak payah lah terima, betul ke ni ! . Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu ( layan petikan kat bawah )….

Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


Apa pun JANGAN BUAT RAMALAN SENDIRI, TUNGGU PEKELILING JPA KELUAR. Mungkin juga hanya saya silap tafsir! Minta pendapat anda. 
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Apa dah Jadi ?? Gaji Kakitangan Awam nak kena potong ?

Saya terkejut juga tengok blog Ceupacs  yang membincangkan bahawa gaji kakitangan awam nak kena potong dan bilangan kakitangan  akan dikurangkan  , tengok petikan kat bawah :


KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.
“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan.




“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus. 


Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos. 
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.


“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Tuesday 1 November 2011

Saiful Apek tak mengaku ambil dadah

Macam-macam saya dengar pasal artis tempatan Malaysia ni . Cerita terbaru pasal dadah. Pelawak terkenal ditangkap bersama empat orang rakan kerana mengambil dadah jenis kanabis tahun lalu . Tengok cerita ni :

PETALING JAYA 1 Nov. – Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.


Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.


Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.


Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.


Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.


Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.


Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama.


Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.


Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.


Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.


Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.


Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.


Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Monday 31 October 2011

VIDEO KERETAPI LANGGAR LORI TANGKI MINYAK DI SABAH

Hari ni saya nak kongsi video perlanggaran keretapi langgar lori tangki minyak di Sabah

Sungguh menakutkan tengok asap dia


Yang ni pandangan dari dekat , ada lagi kat bawah




Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

BANTUAN RM100 DIAGIH BULAN DISEMBER 2011

Saya nak kongsi berita gembira kepada para pelajar sekolah dan ibu bapa pasal bantuan RM100 yang akan diagihkan pasa bulan Disember 2011. Alhamdullillah berita gembira untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Semoga semuanya berjalan lancar dan teratur. tengah tunggu pelarasan gaji baru kaki tangan awam pulak.



TELUK KEMANG 15 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberitahu pemberian wang bantuan RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seperti diumumkan dalam Bajet 2012, akan disalurkan pada Disember ini.


Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas kerajaan menimbangkan bantuan tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa atau keluarga pelajar terbabit sebelum sesi persekolahan bermula. Untuk itu, katanya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan akan berbincang mencari kaedah sesuai bagi memastikan peruntukan kira-kira RM500 juta itu sampai kepada golongan sasar.


''Pada mesyuarat Kabinet semalam saya memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal sebegini kita minta satu kelonggaran supaya wang bantuan ini diberikan sebelum masuk tahun hadapan.
''Perkara ini bukan satu luar biasa walaupun kita tahu Bajet 2012 perlu dimulakan pada tahun depan. Pertimbangan kita berdasarkan pada kebiasaannya ibu bapa atau keluarga akan membeli kelengkapan persekolahan pada bulan Disember," katanya.  Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya di sini hari ini.


Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta pemimpin-pemimpin BN peringkat bahagian. Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pemberian bantuan tersebut adalah dalam bentuk tunai dan ia akan dibayar di sekolah.


''Mekanisme yang terbaik adalah di sekolah kerana di sini (sekolah) mempunyai rekod yang lengkap mengenai setiap data pelajar. Dengan pemberian bantuan ini bermakna semua pelajar berhak menerima peruntukan itu tidak kira daripada kumpulan mana sekalipun," katanya lagi. Menjawab satu soalan, beliau berkata, bantuan tersebut hanya untuk pelajar dalam sistem persekolahan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.


''Diharap pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) ini akan dapat mengurangkan beban ibu bapa serta keluarga mereka terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya.  Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan cadangan mengenakan syarat 80 peratus kehadiran para pelajar sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata, ini kerana pelajar-pelajar tersebut mempunyai sebab tertentu menyebabkan mereka tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang panjang antaranya menghadapi masalah kesihatan. 


''Siapa sahaja yang berada di tingkatan lima berhak untuk menduduki SPM dan kita tidak boleh menghalang mereka. Lulus atau tidak itu terpulang kepada mereka tetapi mereka tetap boleh mengambil peperiksaan," katanya.

Sumber :  Utusan Malaysia dan cikguhot.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Nurul Shuhada Nurul Ain pakai tudung kat Jom Heboh


Assalaamulaikum ...hari ni saya nak kongsi gambar Nurul Shuhada Nurul Ain  pakai tudung kat Jom Heboh. Alhamdulillah  dah tutup aurat kaum Hawa , kalau tidak buka sana buka sini bagi orang tengok. Semoga menjadi ikutan artis-artis kaum Hawa yang lain .
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Sunday 30 October 2011

Fasha Sandha bertudung kat Jom Heboh

Assalaamualaikum ..hari ni saya nak kongsi berita baik artis Malaysia . Fasha Sandha bertudung di khalayak ramai kat Jom Heboh kat Kelantan baru2 ni . Mungkin itu syarat yang ditetapkan oleh YB Menteri Besar Kelantan . Apa pun Alhamdulillah.


Kan elok Fasha Sandha bertudung terus . Tengok Johan ( Juvana ) kat sebelah tu senyum je .
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...