Friday 7 October 2011

Saida sah bercerai

Salam 1Malaysia pembaca sekalian...hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda
Assalaamuaalaikum dan selamat petang . Agak lama juga Arau Blogger tak post tentang berita artis ni . Ni ada berita Siti Nursaida Tarudin iaitu kakak kepada Siti Nurhaliza sah bercerai dengan suaminya . Boleh layan berita kat bawah dipetik dari portal media hiburan



Selepas hampir setahun turun naik mahkamah bagi kes tuntutan cerai Nur Saida Taruddin, 35, atau Saida, yang juga kakak kepada Dato' Siti Nurhaliza, akhirnya kemelut tersebut berakhir apabila suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Pastinya saya sedih dengan apa yang berlaku. Kalau boleh memang saya dan bekas suami tidak mahu ia terjadi, namun ia sudah takdir dan tiada jodoh antara kami. Namun, saya percaya ada hikmah di sebalik semuanya.

"Memandangkan perkara ini sudah selesai, biarlah ia berakhir begitu sahaja. Kalau saya komen lebih banyak, lain pula ceritanya nanti," ujar Saida ketika dihubungi MH Online selepas kes tersebut berakhir.

Ditanyakan pula soal hak penjagaan anak-anak, Saida memberitahu yang buat masa sekarang belum ada apa-apa perkara yang ditetapkan mereka berdua.

"Buat masa sekarang tidak ada apa-apa perjanjian terutamanya soal hak penjagaan anak. Kalau boleh biarlah ia berjalan seperti biasa. Tidak mahu nanti ia menjadi satu halangan dan sekatan terhadap anak-anak.

"Saya lebih terbuka dalam hal ini kerana tidak mahu anak-anak menjadi mangsa keadaan. Biarlah antara kami sahaja yang tidak ada hubungan. Anak-anak juga berhak mendapatkan kasih-sayang dan didikan daripada bekas suami," katanya lagi yang memberitahu anak-anak kini berada di dalam jagaannya di rumah keluarga mereka yang terletak di Cheras.

Dalam prosiding tersebut, Saida menebus talak dengan bayaran RM1,000.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.


Nak buat macamana ...semua tu ketentuan Allah . 


Dah habis baca ke ?Dah tengok promosi mereka sedang buat kat bawah tu .?Sekian Wasallam.

Berminat nak share kempen dengan kawan-kawan dengan bayaran RM0.20 per klik ? Bawa rakan-rakan anda untuk mendaftar hari ini dan mendapat ganjaran RM 1.00 per rakan yang dijemput. Nak daftar klik sini

Anda akan dibayar RM 1 untuk setiap rakan yang daftar melalui link anda dan anda akan dibayar RM0.20 per klik bagi setiap link anda yang diklik. Daftar kat sini

P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...