Saya nak kongsi berita gembira kepada para pelajar sekolah dan ibu bapa pasal bantuan RM100 yang akan diagihkan pasa bulan Disember 2011. Alhamdullillah berita gembira untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Semoga semuanya berjalan lancar dan teratur. tengah tunggu pelarasan gaji baru kaki tangan awam pulak.
TELUK KEMANG 15 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberitahu pemberian wang bantuan RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seperti diumumkan dalam Bajet 2012, akan disalurkan pada Disember ini.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas kerajaan menimbangkan bantuan tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa atau keluarga pelajar terbabit sebelum sesi persekolahan bermula. Untuk itu, katanya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan akan berbincang mencari kaedah sesuai bagi memastikan peruntukan kira-kira RM500 juta itu sampai kepada golongan sasar.
''Pada mesyuarat Kabinet semalam saya memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal sebegini kita minta satu kelonggaran supaya wang bantuan ini diberikan sebelum masuk tahun hadapan. ''Perkara ini bukan satu luar biasa walaupun kita tahu Bajet 2012 perlu dimulakan pada tahun depan. Pertimbangan kita berdasarkan pada kebiasaannya ibu bapa atau keluarga akan membeli kelengkapan persekolahan pada bulan Disember," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta pemimpin-pemimpin BN peringkat bahagian. Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pemberian bantuan tersebut adalah dalam bentuk tunai dan ia akan dibayar di sekolah.
''Mekanisme yang terbaik adalah di sekolah kerana di sini (sekolah) mempunyai rekod yang lengkap mengenai setiap data pelajar. Dengan pemberian bantuan ini bermakna semua pelajar berhak menerima peruntukan itu tidak kira daripada kumpulan mana sekalipun," katanya lagi. Menjawab satu soalan, beliau berkata, bantuan tersebut hanya untuk pelajar dalam sistem persekolahan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.
''Diharap pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) ini akan dapat mengurangkan beban ibu bapa serta keluarga mereka terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan cadangan mengenakan syarat 80 peratus kehadiran para pelajar sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata, ini kerana pelajar-pelajar tersebut mempunyai sebab tertentu menyebabkan mereka tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang panjang antaranya menghadapi masalah kesihatan.
''Siapa sahaja yang berada di tingkatan lima berhak untuk menduduki SPM dan kita tidak boleh menghalang mereka. Lulus atau tidak itu terpulang kepada mereka tetapi mereka tetap boleh mengambil peperiksaan," katanya.
Assalaamulaikum ...hari ni saya nak kongsi gambar Nurul Shuhada Nurul Ain pakai tudung kat Jom Heboh. Alhamdulillah dah tutup aurat kaum Hawa , kalau tidak buka sana buka sini bagi orang tengok. Semoga menjadi ikutan artis-artis kaum Hawa yang lain .
Assalaamualaikum ..hari ni saya nak kongsi berita baik artis Malaysia . Fasha Sandha bertudung di khalayak ramai kat Jom Heboh kat Kelantan baru2 ni . Mungkin itu syarat yang ditetapkan oleh YB Menteri Besar Kelantan . Apa pun Alhamdulillah.
Kan elok Fasha Sandha bertudung terus . Tengok Johan ( Juvana ) kat sebelah tu senyum je .
Assalaamualaikum dan selamat pagi .Hari ini saya nak kongsi tentang perkiraan gaji SBPA bukan hanya untuk guru saja tapi untuk semua kakitangan kerajaan .Saksikan petikan ni dari blog Cikgu Rahman :
Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...
Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..
Makanya, setelah dikira semula dapatlah satu lagi jadual baru gaji cikgu dalam SBPA nanti..aku malas nak tulih detail dia punya calculation..kalau hangpa tak puas hati..hangpa kira la sendiri pakai Janjang Arithmetik.
Ni gaji DG 48 mengikut idea dari Cikgu Midi.
T14 = T1 + (14-1) d 8710 = 4786.37 + 13d d = (8710 - 4789.37) / 13 d = RM 301.818
Ni gaji DG 44..... d x 0.3504 = b 301.818 - b = d d = 301.818 - (d x 0.3504) d x 1.3504 = 301.818 d = 301.818 / 1.3504 d = RM 223.50
Ni pulak Gaji DG 41...... Untuk T1 hingga T17: d x 1.2253 = b 301.818 - b = d d = 301.818 / 2.2253 d = RM 135.63
Sumber dari amanarab.blogspot.com. Amacam paham tak ? Ini cuma ramalan. Nasihat saya tunggu Pekeliling JPA keluar. Jangan percaya khabar angin.Tengok promosi dulu kat bawah ni .Wassalam.
Assalaamualaikum dan selamat pagi . Hari ini saya nak kongsi tentang kenaikan gaji Gred 41 dalam SBPA . Tentu ramai yang masih blur tentang SBPA ni. Tengok petikan dari blog Cikgu Rahman ni :
Atas permintaan dari rakan taulan...so aku 'reveal'kan la ramalan aku pasai gaji dalam SBPA untuk DG 41 pulak..tapi sebelum tu, sukacitalah hamba 'explain'kan akan asas kepada ramalan hamba itu...Dengan hanya berpandukan kepada keterangan oleh PM dalam Bajet 2012 sepenuhnya (walaupun maklumat yang PM bentang dalam bajet tu tersangat samar-samar dan tidak cukup maklumatnya), maka aku pun buat la pengiraan guna kaedah Janjang Arithmetik..aku guna formula [Tn = a + (n-1) d ] ja..
Ok..mula-mula keluarkan dulu maklumat dalam bajet tu..
Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...
1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00 2. Ada 2 tangga gaji iaitu P1 dan P2 3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8 4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16
Berpandukan data tu, so kita akan dapat..
1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85 (aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. ) 2. Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai 2 tangga gaji...Maksudnya dalam SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00
Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..
Tn = a + (n-1) d 8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d d = 8710.00 - 4659.85 / 15 d = 270.01
Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01
Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..
1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85 maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56 2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45 3. Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah 124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
katakan, a = kenaikan tahunan DG 41 b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48
maka, a x 1.2462 = b .....(1) 270.01 - b = a ......(2)
masukkan (1) dalam (2)
a = 270.01 - (a x 1.2461) a + (a x 1.2461) = 270.01 a ( 1 + 1.2461) = 270.01 a = 270.01 / 2.2461 a = 120.21
akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21
Update : Kenaikan RM 120.21 ni hanya untuk T1 sampai T17 saja..bagi tangga T18 dan ke atas kadar lain sebab kenaikan tahunan DG 41 dalam SSM adalah berbeza selepas tangga T18...
PERINGATAN : Pengiraan di atas bukanlah sesuatu yang muktamad kerana banyak menggunakan andaian semata-mata...penulis hanya sekadar mahu berkongsi idea sahaja...penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada dikalangan pembaca yang rasa tertipu atau sebagainya!
Assalaamualaikum dan selamat pagi ..hari ni saya nak kongsi maklumat tentang SBPA sebab ramai lagi masih kabur . Selepas Bajet 2012 hari tu ramai yang maki hamun para guru sebab mereka kat guru dapat macam - macam dari bajet kali ni sebenarnay tak pun .Tengok petikan blog Cikgu Rahman ni :
Hari ni aku saja ja nak buat konspirasi sikit kasi hangpa saspen sikit...macam yang hangpa semua tau..masa bajet 2012 minggu lepas YAB PM kita ada umum kenaikan gaji untuk penjawat awam kalau memilih SBPA atau nama panjangnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam..
Yang hampehnya lepas ja habes bajet tu ramai penjawat awam yang kuciwa dan ada jugak yang marah sambil memaki hamun cikgu-cikgi se-Malaysia dengan selambanya kat dalam facebook serta blog masing-masing..Kononya hanya cikgu yang dapat kenaikan gaji..skim lain cuma dapat bonus ja..Ni aku nak habaq mai kat hangpa sikit ..cuba hangpa baca dan paham elok-elok apa yang YAB PM kita cakap dalam bajet tu..tengok petikan Bajet 2012 kat bawah
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
Ayat dia mudah ja kan..hat yang PM sebut Cikgu tu dia cuma buat contoh ja..hangpa pun dapat jugak..yang dok kelam kabut sangat tu pasai pa...Lain kali kalau nak komen apa-apa pun cuba la buat siasatan dulu..ni main hantam kromo ja..tulih macam-macam kat FB yang hanya Melabelkan Kebodohan Diri Sendiri saja..
Berdasarkan ucapan PM tu, aku pun terpikir jugak macam mana rupa skim gaji satu baris dalam SBPA tu..so pikir punya pikir sampai aku tertidor dan bermimpi tengah makan cucur udang adabi cicah kopi radix dengan PM Najib kat cafetaria Jabatan Perdana Menteri..so aku pun tanyala PM pasai gaji cikgu tu..punya la panjang lebar dia expalin kat aku..fuh, terasa sungguh spesel sekali diriku ini kerana dapat mendengar sendiri explanation dari beliau..So ni la rupa bentuk gaji SBPA tu..ni gaji DG 48
yang ni pulak
Amacam..menarik kan..tapi aku nak tegaskan kat sini..segala cerita jumpa PM Najib tu hanya lah fantasiku semata-mata...so aku tak mau bertangunggjawab kalau ada sapa-sapa yang rasa kena tipu kalau gaji SBPA betoi nanti lain dari gaji dalam mimpi aku ni..Adios amigos.
Amacam paham tak? Nanti tengok entri bahagian kedua dan ke tiga ,sumber dari amanarab.blogspot Apa pun tunggu pekeliling JPA keluar tak payah dok memandai buat ramalan.
Assalaamualaikum dan selamat malam . Saya nak kongsi tentang tarikh bayaran bonus setengah bulan gaji bagi kakitangan awam .Nak tahu bila ? Tengok petikan Bajet 2012 kat bawah :
Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618,000 pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion.
Tarikh bayaran bonus setengah bulan gaji adalah pada 19 Disember 2011 bersama-sama dengan gaji bulan Disember.
Assalaamualaikum dan selamat pagi. Saya terkejut juga baca barita laman web rasmi FAM kena godam . Apa dah jadi ? Tak ada kawalan keselamatan ke ? Tengok petikan kat bawah dari Utusan Malaysia :
KUANTAN – Laman web rasmi milik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam pihak tidak bertanggungjawab, semalam.
Wartawan Utusan Malaysia yang membuka laman web www.fam.org.my mendapati carta kedudukan liga dan penjaring gol terbanyak telah diubah.
Tangga teratas Liga Super yang sepatutnya menempatkan juara, pasukan Kedah diubah manakala penjaring terbanyak bagi saingan Liga Super dan Liga Perdana musim 2006/07 pula diletakkan dengan 99 jaringan gol.
Pasukan yang menjadi juara Liga Perdana iaitu PDRM tiada langsung dalam carta kedudukan pasukan di laman web berkenaan.
Perubahan tersebut sebenarnya agak sukar dikesan kerana sedikit sahaja perubahan yang dilakukan.
Bagi pengunjung laman web itu yang kurang peka pasti terlepas pandang perubahan yang dilakukan itu.
Fenomena berkenaan dianggap cukup memalukan kerana laman web rasmi FAM itu sudah pasti menjadi rujukan utama para peminat dan pemerhati bola sepak bukan saja di negara ini, malah di serata dunia.
Setakat 7.30 malam, semalam tindakan godam yang dilakukan ke atas laman web rasmi itu masih belum diperbetulkan. Kepada sesiapa yang buat kerja tak baik ini , tak payah buat lah , kalau tak puas hati harga tiket Final Piala Malaysia Sabtu ni tak payah pergi , tengok je kat rumah.
Assalaamualaikum ...saya nak kongsi pasal tarikh bayaran kenaikan gaji SBPA. Khabar yang kita tahu adalah tahun 2012 tetapi bila mulanya ? Awal tahun ke , tengah tahun ke hujung tahun ? Ini persoalannya , jangan dok seronok sangat !! Dari pemerhatian saya di dalam blog kawan-kawan pembayaran kenaikan gaji akan bermula awal tahun depan maksudnya bulan Januari .
Jadi siapa yang ada kenaikan bulan Januari dialah orang pertama yang mendapat habuan.Tetapi belum ada hitam putin lagi pasal isu ni , saya cuma tanya dan tengok blog kengkawan je . Bersabarlah dan tunggu pekeliling keluar tak lama lagi dan selalulah tengok web JPA. Kalau nak tengok jadual pembayaran gaji 2012 buka www.anm.gov.my dalam hujung tahun ini. Moga bermanfaat.
Assasalaamualaikum ..saya nak kongsi tentang cerita banjir di Thailand dah dekat sebulan dah . Nampak gaya air bukan semakin surut, tapi semakin naik. Terkini pesawat penerbangan Thailand, Thai Airways terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Don Muang berikutan landasan dinaiki air. Tengok gambar atas , enjin kapal terbang kena tutup dengan plastik. Laporan penuh tengok petikan kat bawah :
BANGKOK: Banjir dilaporkan menghampiri terminal di Lapangan Terbang Don Muang, lapangan terbang kedua terbesar di ibu negara Thailand semalam memaksa mereka yang mendapatkan perlindungan di situ berpindah berikutan amaran beberapa bahagian Bangkok mungkin ditenggelami air sedalam 1.5 meter.
Banjir di lapangan terbang itu yang digunakan untuk penerbangan domestik, adalah tamparan kepada kerajaan dalam usaha menghalang Bangkok daripada tenggelam akibat banjir. Penutupannya semakin mengurangkan keyakinan umum terhadap keupayaan pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra untuk mempertahankan bandar raya yang didiami sembilan juta penduduk itu.
Sehingga pagi semalam, lebih 1,000 orang yang berlindung di sana terpaksa berpindah berikutan air terus memenuhi sekitar terminal. Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, pintu masuk antarabangsa utama belum lagi terjejas dengan banjir dan penerbangan masih beroperasi seperti biasa. Kebanyakan kawasan di bandar raya itu belum terjejas dengan banjir, walaupun air botol minuman dan bekalan kecemasan lain dilaporkan berkurangan.
Kerajaan Yingluck mengisytiharkan cuti umum selama lima hari Selasa lalu di kawasan terjejas termasuk Bangkok manakala Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup sehingga 7 November. Gabenor Bangkok, Sukhum-bhand Paribatra meminta mereka yang tidak perlu berada di bandar raya itu supaya keluar dan meninggalkannya Bangkok.
Perdana menteri dalam satu ucapan disiarkan televisyen Selasa lalu memberi amaran tekanan banjir akan menolak hiliran ke dalam bandar yang bergabung dengan air pasang surut bulanan tinggi pada hari Jumaat dan Sabtu boleh menjejaskan dinding banjir diperkukuh dan benteng yang melindungi bandar raya itu.
“Ia boleh mengakibatkan banjir sehingga 1.5 meter di kawasan rendah di bandar raya itu,” katanya. Sukhumbhand berkata ibu negara itu tidak dapat mengelak daripada banjir dan memberi amaran kepada penduduknya di sebanyak 13 daerah di Sungai Chao Phraya, sungai terbesar di bandar raya itu supaya bersiap sedia.
Banjir di Lapangan Terbang Don Muang menjadi simbol bahawa negara Asia Tenggara itu berhadapan dengan krisis semakin teruk, yang menyaksikan satu pertiga daripada negara itu sudah ditenggelami banjir dan membunuh 373 penduduk sejak tiga bulan lalu.
Lapangan terbang itu juga turut menempatkan pusat operasi bantuan banjir kerajaan dan satu daripada terminalnya diubah suai kepada pusat perlindungan menempatkan 4,000 penduduk yang men-cari perlindungan.
Seorang pekerja kerajaan yang berlindung di sana sejak tiga minggu lalu Somboon Klinchanhom, 43, bersiap sedia untuk berpindah pada Selasa selepas kerajaan berkata terminal itu mungkin menjadi terlalu sesak.
“Saya sangkakan ia akan selamat dan dilindungi,” kata Somboon mengenai lapangan terbang itu sambil mengemaskan barangan miliknya semula.
Pusat banjir kerajaan tetap berada di lapangan terbang terbabit setakat ini berikutan ia mudah dihubungi oleh jalan raya, kata jurucakap Wim Rungwattanajinda. – AP
Assalaamualaikum...hari ini saya nak berkongsi tentang kemalangan yang menimpa Marco Simoncelli di MotoGP Malaysia tempohari. Ajal dah sampai nak buat macamana. Tengok petikan akhbar kat bawah :
SEPANG — Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.
Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. — Bernama
Assalaamualaikum ...hari ini saya nak kongsi berita panas pasal Jadual Gaji SBPA ni . Berdasarkan pemerhatian saya jadual gaji yang mungkin naik iaitu kenaikan tahuna mengikut Gred adalah seperti di bawah
Betul ke ni ? Ini cuma ramalan je atau pun khabar angin yang disebarkan oleh individu yang yang boleh dipercayai. Apa pun tengok petikan ini :
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.
Maksud petikan kat atas adalah selagi Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 tidak diluluskan di Parlimen tak payah mimpi lah gaji nak naik . Yang penting tunggu diluluskan dalam parlimen dan tunggu pekeliling JPA keluar . Wassalaam .
Kematian Muammar Gaddafi membolehkan NTC mengambil alih pentadbiran Libya . Mustafa Abdel Jalil , Ketua NTC , berjanji akan memegang teguh pada ajaran Islam dalam pentadbiran. Beliau berterima kasih kepada Arab League, UN, dan EU kerana menyokong beliau sehingga berakhir dengan kematian Gaddafi pada Khamis. Keluarga Gaddafi yang masih hidup tinggal berlindung di Algeria. Mereka mahukan mayat Gaddafi . Namun mayat beliau masih menjadi tontonan di sebuah bilik sejuk sebuah pasaraya . Ketika ditanya kenapa mereka nak sangat tengok mayat Gaddafi ? Ini jawapan mereka .....
"He [Gaddafi] ruled us for 42 years. In his life, it was impossible to see him, so we are here to take a look."
Satu lagi , ada yang nak tengok mayat Gaddafi sebab mereka nak pastikan yang dia betul-betul mati !!
Mustafa Abdel Jalil , Ketua NTC telah mengisytiharkan 'Liberation of Libya' iaitu Libya akan mengamalkan dasar Liberalisme. Apa itu Liberalisme ? Baca kat bawah ...
Apa itu Liberalisme ?
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.
Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.
Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.
Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah."
Assalaamualaikum dan selamat pagi . Hari ini saya nak kongsi info pasal kes pukau yang sedang berlaku di Malaysia dalam masa terdekat ni . Hari -hari ada kes pukau , memang menakutkan , ada yang boleh pukau jarak jauh ...ni lagi takut ..saya nak kong si petikan akhbar kat bawah ni....
BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.
Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.
Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.
“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama. “Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam
P/S : Petua tak bagi dipukau kat dalam rumah : 1. Sandar penyapu kat belakang pintu menghala ke atas 2. Jangan susun kasut kat depan dan belakang rumah ...sepah sepah kan 3. Jangan basuh bekas lesung batu tumbuk sambal belacan ....biar je kat sinki semalaman 4. Tidur tunggang langgang .....jangan tidur menghadap ke satu arah 5 .Bela ikan puyu dalam rumah (yang ini tak pasti )
Apa pun perbuatan syirik dan menyekutukan Allah jelas salah di sisi Islam.