Tuesday, 18 October 2011

KEPUTUSAN SELANGOR LWN TRENGGANU SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA


Assalaamualaikum....dan selamat malam , hari ini saya ingin berkongsi keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Trengganu   0 - 2 ,Trengganu menang perlawanan semi final first leg ini . Mereka membawa bekalan selesa ke Kuala Trengganu. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Manaf Mamat pada minit pertama dan minit 32. Manaf membuktikan kematian bapanya tidak menghalang untuk beraksi cemerlang. Gol pertama Trengganu memang memberi kelebihan psikologi kepada Trengganu manakala gol kedua terus memberi tekanan kepada Selangor. Safik Rahim mendapat peluang keemasan untuk merapatkan jurang pada minit 43 tapi tolakannya melambung manakala minit 45 Amirul Hadi dapat satu lagi peluang tapi ditampan oleh pemain Trengganu.

Trengganu bermain secara bertahan  pada separuh masa kedua dan sesekali melancarkan serangan balas, Selangor masih buntu mendapat jaringan gol. Trengganu bermain secara total football pada separuh masa kedua. Jurulatih Selangor P Maniam mengakui tugas agak berat menanti mereka di Kuala Trengganu Sabtu depan tapi peluang masih ada. Irfan Bakti pula  mengatakan ini adalah persembahan terbaik mereka di tempat lawan. Trengganu adalah pasukan pilihan ke final Piala Malaysia selepas menundukkan pasukan pilihan Kelantan di suku akhir. Lagi keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia adalah Negeri Sembilan lawan T-Team, 4-2 di mana Khairuddin Omar menjaringkan 2 gol . Apa pun kita tunggu Separuh akhir kedua Sabtu depan 22 Oktober 2011 jam 8 malam. Sekian.Wasallam.
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Monday, 17 October 2011

DOA ELAK DARI BERHUTANG DAN MENJADI SEORANG YANG RAJIN

Assalaamualaikum…ramai dari kita berhutang. Sedikit atau banyak. Hutang kereta, rumah, peribadi, kedai, syarikat, PTPTN, MARA dan banyak lagi. Cubalah doa ini, saya sendiri telah mencubanya :

Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang  berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 

 "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 

Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:

"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"

"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."

Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

 Wassallam. 
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Sunday, 16 October 2011

Pekeliling JPA SBPA akan dikeluarkan apabila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan



Banyak carian dalam internet mencari Pekeliling JPA SBPA. Di sini saya nak bagitau bahawa :

Sesuatu rang undang-undang hanya terpakai setelah diluluskan di Parlimen.Jadi bagi membolehkan JPA mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai SBPA atau lain-lain pekeliling mereka perlu tunggu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen terlebih dahulu.

Kat bawah ni adalah petikan dari Laman Web JPA

Pemakluman Berkenaan Pekeliling SBPA
   
14 OKTOBER 2011 
POSTED IN GENERAL
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Baca selanjutnya untuk keterangan lanjut

Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:
i. Bacaan Pertama:
Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan;
ii. Bacaan Kedua:
Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang undang berkenaan melalui undi;
iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang undang-undang jika perlu;
iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Jadi  ini bermakna kita kena tunggu rang undang-undang bagi bajet 2012 ini diluluskan terlebih dahulu,.jadi harap bersabar.Blog ni akan update nanti jika pekeliling mengenai SBPA dah keluar..
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Friday, 14 October 2011

Bogel tapi Berpakaian .....Apa dah jadi dunia sekarang ?

Assalaamualaikum dan selamat petang ...hari ini ArauBlogger nak kongsi tajuk entri ni tentang dunia sekarang  " Bogel tapi Berpakaian ...Apa dah Jadi  Dunia Sekarang? "   . Banyak perkara boleh dikupas dari tajuk ini dari segi agama , sosial dan  lain lagi.



Dari sudut agama tajuk di atas bermaksud pakai baju tapi boleh nampak tembus dalam ...samalah macam berpakaian tapi bogel. Dunia kita hari sering nampak kat depan mata kita orang pakai baju tapi nampak seluar dalam dan baju dalam , apa dah jadi ? Aurat perempuan kecuali tapak tangan dan muka ...tapi sekarang pakai tudung tapi nak nampak sikit rantai emas ...ha ha dah nampak leher . Dosa ka tak dosa ?....tanya diri sendiri. Pakai seluar dah tutup aurat tapi seluar tu nampak tali seluar dalam sebab terlalu ketat .....sampai nampak lurah dendam  ...apa dah jadi ? Dosa tak tu ? Saya pun tak tau nak cakap ...semua tu menaikkan nafsu ja !!. Yang penting jangan tengok ...kalau tertengok tap pe le ...itu rezeki. Pakai lah baju longgar sikit supaya tak nampak supaya aman sikit dunia

Dari sudut sosial pula Bogel tapi berpakaian  bermaksud pakai baju tapi nampak bogel , he he tah betul tah tidak. Bila pakai baju jarang lelaki hidung belang ni mudah terpengaruh maka, akan berleluasala kes rogol . Hari hari ada kes rogol dalam akhbar pasal apa .....dah  Bogel tapi Berpakaian   . Yang mangsa rogol pun ikut buat apa pujukan teman lelaki ke rumah dia . Tak payah ikut lah ...entah entah si mangsa pun sedap dirogol tapi teman lelaki tak nak tanggungjawab ....terus kata dia dirogol...buat repot polis.....heboh dalam suratkhabar. Ambil iktibar dari apa yang berlaku

Wasallam .
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Thursday, 13 October 2011

Apa Itu Jadual Gaji Sebaris SBPA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012 ?

Hari ni saya nak kongsi satu cerita hasil aktiviti mengGoogle tadi dapat lah satu artikel untuk dipublishkan. Korang nak percaya , percayalah , tak nak percaya pun tak pe! Korang faham ke apa yang dikatakan dengan Jadual Gaji Sebaris SBPA? Saya sendiri pun sebenarnya masih amat blur mengenai skim gaji kakitangan awam baharu ini. Tengok petikan kat bawah …….

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.


Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

p/s Tengok tempat yang sata bold merah  tu maksudnya nak naik gaji 7 -13 % kena sign pencen sampai umur 60 dulu, masalahnya bukan semua nak pencen umur 60 terutama kaum perempuan yang dah nyanyuk pada umur 60 tu.

Hasil himpunan komen kakitangan awam yang lain melalui laman blog CEUPACS, dapat saya simpulkan bahawa Jadual Gaji Sebaris SBPA bolehlah ditafsirkan seperti di bawah:
Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20

Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)

jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Satu lagi, saya rasa skim baharu ini tidak diwajibkan untuk semua kakitangan awam. Kita boleh pilih nak terima atau tak terima. Sapa yang tak larat nak kerja sampai umur 60 tu tak payah lah terima, betul ke ni ! . Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu ( layan petikan kat bawah )….

Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


Satu persoalan yang bermain-main di kepala saya kini ialah adakah dengan menerima skim baharu ini, penjawat awam akan dibolehkan untuk dikenakan tindakan pemberhentian tugas yang lebih tegas berbanding di bawah skim yang lama sekiranya menunjukkan prestasi yang buruk semasa dalam perkhidmatan? Dan adakah mereka dibenarkan untuk pencen dalam usia yang muda seperti yang terkandung dalam teks yang sama , layan petikan bawah..

SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:


Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Pemisah? Bagaimana perlaksanaannya dan sejauh mana ianya radikal? Saya rasa kesemua intipati berkaitan dasar dan skim baharu ini terlalu kabur untuk dinilai oleh kakitangan awam, sehinggakan ia menimbulkan banyak persepsi yang kurang sedap untuk didengar. Satu-satunya intipati yang mudah difahami mengenai pengumuman fokus keempat Bajet 2012 ini hanyalah yang berkaitan dengan Cikgu. Cikgu lah yang paling untung dalam BAJET 2012.

Setuju ke tak setuju?

Apa pun JANGAN BUAT RAMALAN SENDIRI, TUNGGU PEKELILING JPA KELUAR. Mungkin juga hanya saya yang gagal mentafsirkannya! Minta pendapat anda.
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Tuesday, 11 October 2011

Apa dah Jadi ??!! Empat Pelajar Sanggup Rogol Rakan Sekolah Sendiri

Assalaamualaikum dan selamat petang ...hari ni ArauBlogger terkezut juga baca berita kat  Sinar tentang kes  rogol pelajar perempuan oleh empat rakan sekelasnya sendiri. Apa nak jadi budak sekolah sekarang ni . Nka kat tak ada pendidikan seks kat sekolah , ada juga tapi, kes rogol meningkat juga. Nak kena bawa bodiguard ke sekolah kot , jom layan petikan ni .......


SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (gambar) berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun. 


“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek. “Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian.  


Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini. “Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan . “Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya.

p/s : Na'uuzubillah
Sumber:Sinar
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Ramalan Jadual Perkiraan Gaji Sebaris Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Assalaamualaikum ..selamat petang ....hari ini ArauBlogger nak kongsi  Ramalan Jadual Perkiraan Gaji Sebaris Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru nie, semua orang tau bahawasanya kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji antara 7-13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Walaupun tak banyak mana pun , tapi Alhamdulillah rezeki Allah S.W.T. bagi ambil je lah . Ini ada "RAMALAN" jadual  untuk memudahkan pemahaman. Sebab saya kata RAMALAN  adalah pekeliling belum  keluar jadi jom kita ramal dulu...macam ramalan cuaca pulak !!!!


Jangan percaya sangat ini cuma ramalan , yang penting tunggu pekeliling JPA . Yang penting Alhamdulillah  rezeki bertambah.
Blia naik gaji ada ada je promosi....
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Gambar Irma, Nana dan Diana bertudung


Assalaamualaikum dan selamat petang ..ArauBlogger nak kongsi berita artis tempatan ni ....baru-baru ini ramai artis yang "berhijrah" dengan bertudung termasuklah  Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir  . Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.

Irma Cari Calon Suami

BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan. Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya. Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri. “Saya akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami,” kata pelakon drama Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.

         Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini. Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya. “Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.
Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
“Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah. “Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu,” katanya.


Kematian petunjuk jelas buat Nana

KEMATIAN bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin banyak menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung.Bagi Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.
“Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.“Saya tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan dan jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi yang lebih baik, saya akan meneruskannya,” katanya.
Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.

“Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.“Selain menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan mencubanya.“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang. Walaupun tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah cinta barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.
“Cukuplah jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang lebih penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa,” katanya.

Diana masih belajar

BELUM sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai tudung, hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang diambilnya itu. Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya. Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.
“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung. “Selepas memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam. “Bagi saya, untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama adalah tiang kita dan itulah yang saya pegang hari ini,” kata pelakon filem Aku Masih Dara.

Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.
Justeru, katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam, Selangor. “Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat. “Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.

Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya. Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan berpakaian? “Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan. “Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan,” katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

Sumber dari  scaniaz.blogspot
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Monday, 10 October 2011

Kolan Renang Terdalam di Dunia

Assalaamualaikum. Araublogger dok mengGOOGLE terjumpa satu blog  ni cerita tentang kolam terdalam di dunia. Minat juga nak tau apa yang dalam sangat tu . Kolam renang terdalam di dunia ini ada di Nemo33 di Brussels, Belgium. Kolam berisi 2,5 juta liter  air (660,430 gallons) dibuat berlorong-lorong  seolah gua di dasar laut. Airnya sangat jernih dan dijaga pada suhu 30°C (86°F) dan dibuat beberapa tingkat gua dalam laut . Memang  tidak sama seperti  pemandangan dasar laut yang asli, di mana penyelam dapat menikmati pemandagan karang-karang laut atau ikan-ikan laut, namun sudah berbaloi kalau sekadar hobi.
Layan gambar dulu......


Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Jemaah Haji Wanita yang Maut Jatuh Tingkat 9 Selamat Dikebumikan

ArauBlogger terkejut juga dengan berita Jemaah Haji dari Malaysia maut jatuh tingkat 9 kat akhbar tempohari. Nak buat macamana sudah ketentuan Allah . Saya nak kongsi cerita ni dengan anda semua ....layan ...

KUALA LUMPUR: Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya. 



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - Bernama

 p/s:untungnya beliau kebumi kat Madinah...



Sumber dari sumber http://depalma-sp.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

China Lancar Mesin Vending daripada Emas Padu

Assalaamualaikum  dan selamat pagi . Hari ArauBlogger setelah penat mengGOOGLE saya nak kongsi artikel ni Mesin Vending daripada Emas Padu dari China


Sekarang heboh diperkatakan pasal Mesin Vending pizza kan?Ok sekarang ini China sudah pun berjaya membina sebuah mesin vending 100% daripada emas.Mesin vending ini merupakan mesin vending emas yang pertama pernah di miliki oleh China.Mesin vending ini telah di letakkan di pusat membeli belah terkenal di China di Jalan Wangfujing.Pengunjung boleh menggunakan kad bank sendiri untuk withdraw emas.Berat setiap keping emas keping dan bar dalam mesin vending ini telah mengikuti harga terkini pasaran emas dunia. Layan dulu gambar kat bawah sebelum balik ye ...











Sumber dari Bucublog- Blog Bersegi 
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Ibunya ditembak tentera Israel, tembus hingga ke janin.


Assalaamualaikum dan selamat pagi . Araublogger nak kong sikit kisah kekejaman Israel terhadap Palestin.


Ukhti-ukhti Rahimakumullah…
Ratusan saudara-saudara kita di Palestina telah meregang nyawa
Diantara mereka banyak para syuhada
Israel semakin brutal, bengis, keji dan tidak memiliki sifat insani lagi
Perempuan-perempuan dibunuh
Anak-anak muslim dibantai
Bayi-bayi dihabisi

Mereka memang inginkan musnahnya seluruh penduduk negeri
Atau terusirnya umat Islam dari bumi para nabi
Tapi saudara-saudara kita tetap bertahan di jalur gaza
Mereka hadapkan dada mereka menantang dengan berani
Mengangkat senjata yang ada
Dengan amunisi sekedarnya
Batu-batu serta air mata
Air mata yang menetes telah bercampur darah

Namun itu bukan tangisan ketakutan
Bukan tangisan kegentaran
Inilah Tangisan jihad
Dengan luapan hati yang rindu
Pada Syurga ketika mereka tetap mempertahankan

Bumi yang dititipkan pada umat Islam
Diserahkan oleh Severinus, uskup pemegang kunci Baitul Maqdis
Kepada Amirul Mukminin Umar bin Khaththab ra
Penerus dan Pewaris Perjuangan Rasulullah SAW

Kunci-kunci Baitul Maqdis
Bumi al Aqsha
Tanah Yerusalem
Telah menjadi kehormatan dan harga diri Kaum Muslimin
Namun saat ini telah dirampas
Dan diinjak-injak kesuciannya
Oleh Zionis Israel
Di bawah perlindungan Amerika Serikat
Dibentengi oleh Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa-bangsa
Dipagari oleh pemimpin-pemimpin Arab Pengkhianat
Didiamkan oleh kepala negara-kepala negara Pengecut

Ukhti-ukhti Rahimakumullah …
Israel telah dikuasai Iblis
Dikerumuni segerombolan setan-setan
Bumi Palestina mengepulkan debu
Penuh asap mesiu
Api berkobar, ledakan dimana-mana
Lantas kemana saudara-saudara kita mencari tempat yang aman?
Anak-anak telah dijauhkan dari Masjid-masjid
Karena roket-roket Israel meratakannya dengan tanah
Namun Israel mengejar dan menghabisi anak-anak ini
Hingga ke sekolah-sekolah, ke madrasah-madrasah
Dan rumah sakit khusus untuk bayi dan anak-anak
 
Ukhti-ukhti Rahimakumullah …
Tak pantas lagi jalan diplomasi
Untuk Zionis Israel berhati keji, Yang sudah tak bisa lagi diajak berkomunikasi
Maka kebohongan besar bagi mereka yang menyerukan Jihad Diplomasi
Kejam bagi mereka yang menyerukan perdamaian
Bengis bagi mereka yang menyerukan rekonsiliasi
Pengecut bagi yang hanya bisa diam
Tak akan pernah ada damai dengan sekumpulan setan manusia!!
Tak ada kesepakatan bagi para penjahat-penjahat dunia!!
Tak ada lagi kompromi untuk saat ini untuk hancurkan HAM dan Demokrasi!!
Karena hanya menjadi topeng-topeng untuk memperbudak manusia
Membuka peluang bagi Israel
Yang lekat dengan karakter pelanggar perjanjian!!
Membuka kesempatan bagi kaum zionis
melakukan genoside!!
Dan merampas tanah-tanah yang telah dimuliakan Islam

Ukhti-ukhti saudariku
Dengarlah dan lihatlah …..
Penderitaan, jeritan, rintihan, teriakan kesakitan
Rasakanlah …..
Apa yang saudara-saudara kita di Palestina rasakan
Dengarlah …..
seolah kita mendengar apa yang mereka dengar
Lihatlah ….
Seolah tergambar apa yang terpampang di hadapan mereka
Setiap saat perang berkobar
Hujan peluru dimana-mana
Tak ada lagi damai di hati
Tak ada lagi jeda untuk nafas terhela
Saksikan…
anak-anak kita yang duduk-duduk menanti
Barangkali sebentar lagi mereka sudah tak ada lagi
Dekap, peluk dan ciumi bayi-bayi tercinta…
Barangkali nanti nyawa mereka pergi
Pandangi anak-anak muda remaja dan suami-suami kita…
Para Mujahid yang siap bergerak berjuang
Barangkali inilah perjumpaan terakhir
Kita yang mati atau mereka yang tak bernyawa lagi
Yakini, kuatkan hati…
Dunia hanyalah fana
Nantikan perjumpaan yang abadi
Di akhirat, Jannah yang telah dijanjikan
Tempat indah pertemuan para pejuang
Tempat abadi berkumpulnya keluarga-keluarga Mujahid

Ukhti-ukhti Rahimakumullah…
Israel sudah tak menyisakan hati lagi
Bumi Palestina telah pekat dengan derita
Tak ada air bersih
Bahan makanan habis
Rumput, tanaman, roti basi semua sudah menjadi konsumsi sehari-hari
Rumah-rumah keluarga muslim sudah dibumihanguskan
Masjid-masjid diluluh lantakkan
Rumah sakit-rumah sakit hancur
Obat-obatan tak ada lagi
Setiap saat tangan-tangan terangkat menjempul ajal
Meregang nyawa, merintih dan mengucap
Laa ilaaha illa ALLAH
Muhammadur Rasulullah ….
Kami akan tetap pertahankan
Bumi Palestina hingga titik darah penghabisan…

Saudariku mereka memanggil …
Dimana saudara-saudara kami umat Islam?
Dimana pemimpin-pemimpin kami?
Kemanakah mereka?
Di mana muslim Indonesia, malaysia?
 
Ukhti-Ukhti, saudariku Rahimakumullah
Darah telah membanjiri gaza
Tertumpah di tanah para Anbiya
Meresaplah wahai darah-darah Syuhada
Tebarkan aroma harum Syurga
Yang akan memanggil kita untuk berjuang
Membangkitkan kesadaran kita
Menguatkan langkah-langkah kita
Untuk tergabung dalam barisan Pejuang
Menyatukan umat
Menyatukan kekuatan
Menyatukan barisan
Hanya Khilafah yang akan menyatukan kita semua
Hanya Khilafah yang akan merekatkan barisan kita semua
Hanya Khilafah yang akan serukan Jihad kepada seluruh kaum muslimin
Kepada siapapun yang masih mengaku muslim
Khilafah dan Jihad
Jihad dan Khilafah
Keduanya adalah ruh yang satu
Ruh Kaum Muslimin
Ruh untuk melanjutkan kehidupan Islam
Ruh untuk meninggikan kemuliaan Islam
Ruh yang akan menghabisi Israel sehabis-habisnya!
Innamal Imaamu Junnah
Yuqaatalu miw waraa’ihi
Wa Yuttaqa
Sesungguhnya seorang Imam, seorang Khalifah laksana perisai
Rakyat berperang di belakangnya
Rakyat berlindung kepadanya
…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian
Ya Allah jadikanlah peristiwa ini menumbuhkan kekuatan para Pejuang Khilafah
Jadikan Tanah Syam sebagaimana dalam salah satu Sabda NabiMu
Yakni cikal bakal bangkitnya Khilafah
Ya Allah jadikanlah kami
Kaum Muslimin Indonesia
Kaum Muslimin di tanah Syam
Menjadi satu kekuatan
Jadikanlah kami
Kaum Muslimin Iraq
Kaum Muslimin Iran
Kaum Muslimin Turki
Kaum Muslimin Sudan
Kaum Muslimin Yordan
Kaum Muslimin Mesir
Kaum Muslimin Pakistan
Dan Kaum Muslimin di seluruh Dunia
Menjadi satu kekuatan

Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Yang akan menegakkan Khilafah Rasyidah
Di atas Jalan kenabian
Yang akan mampu menghancurkan Israel sebagai Janji NabiMu
Sehancur-hancurnya!!
Hingga pepohonan dan batu-batu pun berkata
Ini Israel ada di baliknya
Hancurkanlah dia

Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Turunkan ribuan malaikatMu
Menaungi bumi Palestina
Menyambut ruh-ruh mulia para Mujahid
Hidupkanlah mereka
Di dalam hati dan jiwa
Jadikanlah setiap tetes darah mujahid
Mengalir dalam aliran darah-darah kami

Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Datangkanlah tentara-tentara malaikatMu
Menguatkan jiwa kami
Menguatkan jihad kami
Membalut hati kami dengan bening keihklasan
Meraih kemenangan
Menegakkan Khilafah
Menghabisi Zionis Israel, Amerika dan sekutunya
Atau menyambut kematian dengan Syahid di JalanMu

Ya Rabbi yang Maha Tinggi
Wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Maha Mengabulkan doa
Berikanlah kami kekuatan…
Berikanlah kami kesadaran…
Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang menolong agamaMU
Jadikanlah kami Mujahid di JalanMu
Amiin yaa rabbal ’alaamiin...

Judul Puisi: BERITA DARI JALUR GAZA 
| Penulis: Lathifah Musa | Pembaca: Thufail Alghifari | Editor: Umar Abdullah 
| Mixing: Duffy Erlangga 


Artikel ini dipetik dari  Langit Cerah    

Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Jumlah Gaji yang Mungkin Naik Mengikut Gred Dalam Skim Bari Perkhidmatan Awam


Assalaamualaikum dan selamat pagi ..ArauBlogger nak kongsi rezeki yang bakal diperolehi oleh penjawat awam.  Dalam belanjawan 2012, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara RM 80 hingga RM 320. 


Jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred



                                                 GRED 1-16 = RM80


GRED 17-26 = RM120 

GRED 27-40 = RM160 

GRED 41-48 = RM220

GRED 52-54 = RM260

GRED JUSA A,B,C = RM320

Apapun ianya merupakan kemungkinan sahaja. Untuk mengesahkannya sama-samalah kita tunggu pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam nanti ataupun kementerian yang berkaitan. Semoga bermanfaat. Alhamdulillah
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Bagaimanakah Jadual Gaji Sebaris SBPA



Assalaamualaikum dan selamat pagi. ArauBlogger nak cerita tentang Bajet 2012 tentang kenaikan gaji penjawat awam ni . Rata-rata ramai penjawat awam masih  blur mengenai sistem gaji sebaris SBPA,aku pun tak paham sangat,namum hasil dari aktiviti blogwalking  saya rasa (tak sure) sistem mata gaji sebaris ini bermaksud…gaji minimum dengan gaji maksimum pada sesuatu jawatan adalah sebaris..sebagai contoh:
Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95
dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)
jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320
p/s:-ni sumber dari hasil surt internet ,apepun kita tunggu pekeliling dari JPA mengenai gaji sebaris ni.Diharap la betul-betul membantu..
petikan berita harian
” Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80.00 – RM320.00 mengikut gred. Disamping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.”
nampak tak ayat yang saya bold tu,maknanya korang perlu sign dulu opsyen SBPA untuk terima kenaikan ni,kalau tak gaji korang masih di sistem lama (SSM).Apa syarat-syarat dia,kita tunggu pekeliling dari JPA mengenai jadual gaji sebaris SBPA ni. Dalam kepala dok ingat kena sign . Satu lagi pencen umur 60 ni saya nak kena sign juga .
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Kerajaan Dalam Sistem Saraan Baru (Bajet 2012)...

Assalaamualaikum...ni ada berita baik dari Bajet 2012 ...saya terbaca dari blog alcatraz77 ...jom layan...

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Kerajaan Dalam Sistem Saraan Baru (Bajet 2012)... Berita Kenaikan Gaji Tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Walau bagaimanapun, Sumber ini masih lagi belum termaktub dalam pekelilng, oleh itu kita sama-sama tunggu dan lihat betul ka kenaikkan yang di bentangkan tu dengan apa yang akan naik nanti, kalau betul alhamdulillah...


P/s : Sumber serta maklumat ini tidak dapat di kenal pasti kesahihannya sebelum ada hitam putih daripada pihak yang berwajib... Sumber dari alcatraz
Baca Lagi......
P/S:Tengok dulu promosi mereka sedang buat kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...